Tutorial/ms

From OpenTTD
Jump to: navigation, search


1. Permulaan   2. Bas   3. Keretapi   4. Pesawat   5. Kesimpulan  
In-depth Instructions

Selamat datang ke OpenTTD secara umum panduan untuk bermain. Di sini anda akan ditunjukkan bagaimana mahu memulakan permainan dan menyediakan laluan perjalanan bas dan keretapi.. Ini mungkin akan mengambil masa selama 30 minit. Sekiranya anda terperangkap, posisikan tetikus anda pada mana-mana butang dan tunggu selepas dua saat, satu tunjukcara akan keluar dengan penerangan apakah fungsi butang tersebut. Menu di sebelah kanan akan menunjukkan dengan lebih terperinci panduan untuk aspek tertentu permainan yang anda mungkin mahu ketahui atau siasat.

Mulakan permainan

Main menu

OpenTTD's main menu

Sebaik sahaja OpenTTD bermula, anda akan nampak satu menu.


  • Klik pada butang New Game. Ini akan membuka skrin Penjanaan Dunia, penuh dengan pelbagai pilihan. Biarkan semua dalam keadaan asal untuk ketika ini.
Dialog Penjanaan Dunia

Dialog Penjanaan Dunia. Empat imej di atas adalah untuk anda menukar keadaan cuaca. Untuk tujuan panduan ini, kita tinggalkan semua pilihan seperti asal.


  • Klik pada butang besar Generate yang berwarna hijau. Permainan akan menciptakan satu dunia baru untuk anda akan bermain, dan permainan akan bermula.

Dalam permainan

selepas bermula

Sebaik sahaja permainan bermula.

Skrin yang anda sedang lihat adalah apa yang akan anda bermain. Di tengah-tengah anda boleh nampak lanskap yang kehijauan, mungkin sebuah industri, bandar atau hutan di sana sini. Dunia inilah yang akan anda gubah dengan menggunakan peralatan yang sedia ada: jalanraya, landasan keretapi, pelabuhan dan lapangan terbang.

Di sebelah atas skrin, anda boleh dapati satu bar menu. Letakkan tetikus anda pada sebuat butang untuk selama dua minit - satu petunjukcara akan keluar untuk memberitahu anda apakah fungsi butang tersebut. Terdapat juga butang yang mempunya menu di bawah mereka. Anda boleh mengakses pilihan menu dengan memegang butang kiri tetikus, gerakkan ke bawah mengikut menu dan lepaskan apabila berada di atas pilihan yang anda kehendaki.


Seterusnya: Menyediakan perkhidmatan bas »

Personal tools